Tuesday, July 26, 2011

kata-kata hikmah seorang pejuang



said qutb telah dijatuhkan hukuman gantung oleh Jamal abdul naseer pada 1966 setelah 15 tahun bersama-sama ikhwan sebagai tokoh pemikir dalam usaha untuk membentuk daulah islamiyyah di mesir.. beliau adalah antara orang yang terlibat dalam revolusi mesir,julai 1952 untuk menjatuhkn kerajaan beraja mesir.bagaimanapun, revolusi mesir adalah satu tipu helah inggeris untuk menyekat kemaraan ikhwan ke Parlimen Mesir,dan beliau telah dituduh mengkafirkan umat islam dengan penulisan buku -buku fi Zilal alquran dan ,maalim fi al tariq yang menitik beratkan konsep hakimiyah sebagai pegangan akidah.

"Apabila kita hidup hanya untuk kita,hidupnya amat singkat.Bermula daripadanya bermula kita hidup dan berakhir dengan berakhirnya hidup kita yang terbatas.tetapi jika kita hidup kerana fikrah,sesungguhnya hidupnya panjang dan mendalam.bermula daripada bermulanya manusia dan berakhirnya dengan luputnya manusia di muka bumi ini"-aminah qutb


‎"keadilan masyrakat sejati yang diimpikan oleh manusia tidak akan tercapai melainkan berada di bawah naungan sistem islam"-said qutb

"Sesungguhnya revolusi tealh berlaku..keluarnya seorang raja tidak bermakna berakhirnya revolusi.Bahkan matlamat terakhir revolusi ialah mengembalikan negeri ini kepada Islam..Sesungguhnya diriku semasa pemerintahan beraja telah kusediakannya untuk dipenjarakannya.Malah tidak aman diriku pada zaman ini pun untuk terus kusediaknnya kepada penjara lebih daripada persediaanku sebelumnya."-Said qutb

0 comments:

Post a Comment